SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN PORTAL PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 01 August 2009 16:56

SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN PORTAL

Berikut adalah syarat dan peraturan penyertaan portal sebagaimana yang ditetapkan oleh JAIPk:

5.1 Terbuka kepada mereka yang beragama Islam.

5.2 Hanya untuk lelaki yang berumur tidak kurang 18 tahun dan perempuan yang berumur tidak kurang 16 tahun.

5.3 Yuran keahlian adalah RM 10 setahun (commitment fee), selagi tidak bayar yuran tersebut, pengguna tersebut tidak dapat mengaktifkan akaun atau login tidak akan mendapat hak dan kelebihan sebagai pengguna berdaftar.

5.4 Pemohon boleh terdiri daripada mereka yang berstatus bujang, duda, janda dan orang lelaki yang sudah beristeri (untuk berpoligami).

5.5 Bagi lelaki, keahlian akan berterusan mengikut pembayaran yuran tahunan sehingga bertemu jodoh. Setelah bernikah, ahli akan diberi pilihan terus menjadi ahli atau menamatkan keahlian.

5.6 Keahlian akan ditamatkan serta merta setelah ahli beristeri empat.

5.7 Manakala bagi perempuan, keahlian akan ditamatkan setelah bernikah.

5.8 Pemohon hendaklah hadir di Pejabat Agama Daerah untuk membuat pengesahan pendaftaran bersama dokumen-dokumen diperlukan.

5.9 Semua pemohon mestilah berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga.

5.10 Syarat-syarat dan peraturan adalah ditentukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak dan ianya akan dikaji dari masa ke semasa. Pihak Jabatan Agama Islam Perak berhak meminda syarat dan peraturan tanpa perlu memaklumkan kepada para pengguna.

5.11 Pihak Jabatan Agama Islam berhak menamatkan keahlian jika pengguna didapati melanggar syarat-syarat seperti ditetapkan.

5.12 Pihak Jabatan Agama Islam tidak akan bertanggungjawab atas sebarang maklumat yang tidak benar dan kesulitan yang timbul.

 

 

Last Updated on Sunday, 22 August 2010 23:27